Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muazzam Shah

Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah (24 Oktober 1930 – 22 Mei 2019) merupakan Sultan Pahang Moden kelima dari 8 Mei 1974 sehinggalah baginda turun takhta pada 11 Januari 2019. Setelah itu, baginda dikurniakan gelaran Paduka Ayahanda.Baginda merupakan paduka anakanda ketiga dan paduka putera tunggal kepada KDYMM Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah dengan KDYMM Tengku Ampuan Besar Raja Fatimah. Anakanda Baginda yang sulung adalah seorang puteri sementara anakanda ketiga seorang putera yang mangkat semasa kecil.Baginda juga merupakan Yang di-Pertuan Agong yang ketujuh, memerintah Malaysia dari 26 April 1979 sehingga 25 April 1984.

Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muazzam Shah

Raja Muda Tengku Abdullah
Pemerintahan 8 Mei 1974 - 11 Januari 2019
Ayahanda Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah Shah
Pasangan Tengku Afzan (k. 1954; m. 1988)
Sultanah Kalsom (k. 1991; m. 2019)
Bonda Raja Fatimah binti Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah
Dimakamkan 23 Mei 2019
Makam Diraja Masjid Sultan Abdullah, Pekan, Pahang
Agama Islam Sunni
Kemangkatan 22 Mei 2019(2019-05-22) (umur 88)
Hospital Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, Malaysia[1]
Tempat persemayaman Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang
Pengganti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Keputeraan (1930-10-24)24 Oktober 1930
Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Malaya British
Pendahulu Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah